LEARNING OUTCOMES
Setelah pelajar-pelajar bergraduat dari program ini, mereka dapat:
1. Menunjukkan pengetahuan dalam sub-bidang sains politik iaitu pentadbiran awam, politik Malaysia, politik bandingan, dasar awam, politik antarabangsa dan teori politik.,
2. Mempamerkan kemahiran menjalankan penyelidikan bagi menulis kertas ilmiah yang berkaitan dengan displin sains politik.,
3. Menyelesaikan persoalan-persoalan serta isu-isu politik semasa dengan kritis.,
4. Membina dan menyampaikan idea-idea dengan jelas dan menyakinkan.,
5. Mengetuai sesebuah kumpulan atau diskusi.,
6. Mengamalkan nilai-nilai terpuji seperti amanah, displin serta bertanggungjawab dalam kehidupan harian dan di alam pekerjaan.,
7. Mempamerkan keinginan untuk memperkayakan pengetahuan sepanjang masa.,
8. Mengurus organisasi sama ada sektor awam mahupun swasta dengan efisien., dan
9. Menunjukkan daya kepimpinan dan penganjuran yang baik..
Courses offered during the three years program are as below:
Year 1
The course introduces students to the application of psychological concepts in contemporary society. Main areas of psychology taught in this course are general psychology, developmental, social and abnormal psychology. This also includes key topics such as learning, memory, social communication and motivation which will also be discussed in-depth in order to bring about understanding their relevancy to everyday life and work. Different core psychological domains such as cognition, social, perception and emotion that are fundamental to understanding of human behaviour will be examined.
Anthropology and sociology are two distinctive disciplines BUT at the same time fundamentally share one common characteristic, that is, the study of human phenomena. More often than not sociology is perceived as the study of human social life in urban societies whereas anthropology is the study of human cultures and rural communities. While sociology is usually perceived to study social behaviors such as juvenile delinquency, family structure and criminal behaviors, anthropology tends to study cultural functions such as the rites of passage, kinship and ritual chastisement.
In this course, the student is expected to understand that anthropology and sociology do not merely give them the academic insight to society but also plays a fundamental role in their lives as they attempt to understand the wider facets of social relationships and experiences. More importantly, introducing anthropology and sociology will hopefully enable the student to critically question what they already know and claim to understand as being part of their society.
This course will discuss the changes in patterns of communication within a society by focusing on the historical transition from traditional communication system, its transformation processes, to its contemporary modern forms. The characteristics of communication that will be focused in this course are human and mass communication. Among the topics that will be discussed will be culture and society, media literacy, general opinion, persuasion, new communication technology and its effects on society, and towards information society.
Societies are not just simply an amorphous mass of people. A society is characterised by differentiation of people into various categories according to social divisions such as gender, ethnicity and class. These divisions form the basis for the distribution of power, status and opportunities. Who we are depends on how and where we fit into society. An understanding of how the intersection of these forces work in the life of an individual is imperative for all students of social sciences.
This course is an introduction to statistical concepts in various fields of the social sciences. The course consists of: (1) Descriptive statistics which cover univariate and multivariate data, probabilities, the normal distribution and variability sampling; (2) Inferential statistics which deal with hypothesis testing, analysis of variance (ANOVA), linear correlation and regression analysis.
This course contextualises the historical development of the social sciences within world civilization. It introduces students to important social science terminology in preparation for the understanding of other courses in the faculty. It also gives students an opportunity to conceptualise and explain social reality through social science perspectives.
This is not a conventional history course which deals with events in a chronological order. Instead, it discusses history thematically and exposes the student to the processes of social and historical transformation.
This course highlights in detail the range of academic topics in political science to include theoretical approaches, basic concepts and definition of politics in the context of formal government institutions, power relations, value distribution systems and public policies. In addition, concepts about power, states, sovereignty and political culture will be covered. This course also discusses basic political concepts which later pave the way for constructing debates and discussions of current political affairs. There are four components in this introductory course namely; the field of political science, political institutions, political processes and politics and society. With emphasis on these four areas, it is hoped that students will be able to critically analyse and understand the subject of political science.
This course is divided into three major sections, namely, Section I: Understanding basic economic concepts, principles and theories; Section II: Understanding national and global Economy, and Section III: Analysing social issues from the economic perspective. Section I exposes students to topics related to the definition of economics, some basic economic concepts, principles and theories and their relationship to us. Theories of demand and supply, the application of elasticity concept, as well as different market structures will be discussed in Section I. Section II helps students to relate national economy to their daily lives. Topics covered in this section include measuring a nation?s income, measuring the cost of living, money and banking system, unemployment, foreign exchange, international trade and its importance among nations. Some basic concepts of open-economy macroeconomics as well as economic growth and public policy will also be discussed in Section II. The final section provides students with the opportunity to apply their understanding and knowledge concerning basic economic principles on contemporary social issues that are related to their respective field of study.
Year 2
Topik-topik yang dibincangkan dalam kursus ini meliputi sistem pemerintahan sejarah dan politik tanah air. Turut dibincangkan ialah instituti-institusi kerajaan, insititusi raja, perlembagaan persekutuan, perkembangan organisasi politik, pilihanraya, federalisme, integrasi nasional dan pembinaan bangsa Malaysia dalam masyarakat majmuk.
Dalam kursus ini para pelajar akan mempelajari topik-topik seperti sistem, asal usul dan sumber undang-undang negara, keutuhan perlembagaan, kehakiman dan pentadbiran undang-undang dan keadilan, potensi konflik antara pelbagai aspek undang-undang tersebut, dan tata pelaksanaan undang-undang. Para pelajar juga akan didedahkan kepada proses pembuatan dan penggubalan undang-undang, dan kesan sistem perundangan terhadap sistem politik, prosedur dan amalan sivil di mahkamah, prosedur dan perbicaraan jenayah di mahkamah, dan konsep ?precedent? dan ?stare decisis?
This course examines the philosophical foundation for the creation of knowledge in the social sciences. Students will be exposed to the major school of thoughts concerning social sciences as a science. The course explores the intersection between knowledge, society and culture, and interrogates knowledge production from a social science perspective. Topics that will be included in this course are the theoretical debates in sociology of knowledge, the relationship between empirical knowledge and cultural values or ideologies.
Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada ciri-ciri pemerintahan, teori dan proses politik serta perubahan politik di negara demokratik dan bukan demokratik. Negara demokratik dibahagikan kepada negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan berpresiden. Negara bukan demokratik pula dibahagikan kepada negara komunis atau sosialis dan negara di bawah pemerintahan tentera. Negara-negara demokratik yang dipilih untuk dikaji adalah Britain dan Australia untuk sistem demokrasi berparlimen, Amerika Syarikat bagi negara demokrasi berpresiden, dan Perancis untuk sistem campuran berpresiden dan berparlimen. Negara-negara komunis yang dipilih adalah Russia (atau USSR) dan Republik Cina. Australia dan Britain dipilih kerana Australia adalah sebuah negara persekutuan manakala Britain sebuah negara unitari (kesatuan).
Kursus ini direka untuk memperkenalkan pelajar kepada dunia pembuatan dasar. Pembuatan dasar adalah proses politik dan dipenuhi oleh nilai-nilai. Pemahaman mengenai dasar awam melibatkan pemahaman mengenai pelbagai faktor yang mempengaruhi pembentukannya. Kursus ini akan memperkenalkan para pelajar kepada kandungan normatif dasar seperti idea, ideologi, dan objektif iaitu perkara penting dalam pembuatan dasar. Para pelajar juga akan mempelajari proses membuat dasar, teori membuat keputusan, dan kategori dasar. Hubungan antara pembuatan dasar dan politik juga turut dibincangkan.
Year 3
Kursus Disertasi merupakan sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial.
Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan tentang konsep demokrasi dengan memberikan tumpuan kepada pengertian demokrasi, teori serta perkembangannya dan penilaian terhadap amalan sistem tersebut. Di samping itu, bahagian pertama turut menganalisis proses pendemokrasian yang berlaku di negara bekas blok komunis seperti Eropah Timur dan negara membangun yang lain seperti Indonesia. Kejatuhan komunis pada tahun 1980an di kalangan negara Eropah Timur merupakan pencetus kepada merebaknya proses pendemokrasian di kalangan negara dunia. Justeru, adalah penting bagi kursus ini mengkaji proses pendemokrasian yang berlaku di Eropah Timur bagi mendedahkan kepada pelajar proses awal berlakunya pendemokrasian di kalangan negara Barat. Bagi tujuan perbandingan, kursus ini turut menganalisis proses pendemokrasian yang berlaku di kalangan negara membangun di Asia. Untuk itu, Indonesia dipilih bagi tujuan analisis perbandingan. Bahagian kedua kursus pula akan mengkaji tentang konsep pergerakan sosial dengan mendalam. Perbincangan tentang pergerakan sosial ini merangkumi aspek teoretikal, impak pergerakan tersebut terhadap sektor ekonomi dan institusi politik sesebuah negara, dan penilaian terhadap pergerakan sosial di dua buah negara contoh iaitu Palestin dan Britain. Kedua-dua negara ini dipilih bagi mengkaji perbezaan corak pergerakan sosial yang berlaku di negara membangun dan negara maju.
Walaupun kerajaan tempatan adalah kerajaan yang paling dekat dengan rakyat, ianya juga merupakan jenis kerajaan yang kurang dikenali di antara tiga jenis kerajaan. Kerajaan tempatan memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan mapan, di dalam menentukan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat, di dalam pemberian perkhidmatan sosial dan kesihatan, dan di dalam menentukan sistem demokrasi berfungsi dengan baik. Kerajaan tempatan wujud kerana rakyat mahukan kebebasan tempatan dan pengelibatan dalam membuat keputusan yang mempengaruhi kawasan tempatan.
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada pelbagai konsep, prinsip, teori dan istillah yang mempunyai kaitan dengan kerajaan tempatan dan politiknya. Para pelajar akan mempelajari bagaimana politik tempatan mempengaruhi pemberian perkhidmatan dan pembangunan di kawasan tempatan, di pekan dan di bandaraya. Untuk memahami perkara ini dengan lebih mendalam, para pelajar harus dapat memahami isu-isu tempatan seperti perumahan supaya mereka dapat menilai bagaimana isu-isu tersebut dapat mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pembuatan keputusan dan inisiatif di kawasan tempatan. Personaliti, fungsi, dan peranan Datuk Bandar juga akan dikaji, kerana elemen-elemen tersebut juga mempengaruhi proses politik di kawasan tempatan. Hubungan pusat-tempatan merupakan satu lagi topik penting yang akan dikaji. Hubungan pusat-tempatan akan menentukan darjat disentralisasi yang akan diamal dan kuasa diskrisionari kawasan tempatan.
Sektor awam terdiri daripada pelbagai organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti. Organisasi-organisasi tersebut dibentuk oleh kerajaan untuk mencapai matlamat politik, objektive politik, dan dasar kerajaan. Model tradisi pentadbiran awam yang telah diadaptasikan untuk mengurus organisasi awam telah didapati terlalu birokratik, sangat tidak efisien, dan terlalu terhad atau rigid. Organisasi awam perlu mengalami perubahan ketara jika Negara ingin maju kerana:
a) kriteria kejayaan dalam organisasi awam tidak sejelas kriteria kejayaan dalam sektor swasta;
b) organisasi awam memberi tumpuan lebih kepada proses; dan
c) organisasi awam juga mengabaikan keputusan. Pelbagai mekanisme pembaharuan telah diaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi organisasi awam termasuk membenarkan organisasi swasta memainkan peranan sebagai pembekal barangan dan perkhidmatan.
Pengurusan awam yang baru (new public management) membolehkan kerajaan untuk memberi tumpuan lebih kepada perkara-perkara yang lebih besar dan penting. Matlamat pendekatan baru pengurusan awam adalah untuk mengurangkan pembaziran wang rakyat, dan ini adalah sebab utama pembaharuan berlaku dalam sektor awam. Kursus ini akan menolong pelajar untuk memahami keperluan untuk mengadaptasikan teknik pengurusan korporat dan governan korporat ke dalam sektor awam.
Kursus ini mengenalkan kepada pelajar unsur-unsur asas dalam penilaian projek dan analisis kos faedah. Ia menyentuh konsep-konsep perancangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian projek awam dan swasta, khususnya isu-isu yang menyentuh kebajikan sosial dan impak antara generasi. Ia juga mendedahkan kepada kaedah tentang cara dan bila menggunakan alat-alat perancangan di dalam pemilihan dan penilaian projek.
It is imperative for social science students living in the developing world to have an understanding of the theories which govern development practices. Development is a controversial term and far from that which has a taken for granted meaning. This course takes students not only through the various theories on development but also introduces feminist critiques to these development theories. An understanding of these critiques is imperative as development is a gendered process.
Kursus Disertasi merupakan sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial.
Kursus ini pada awalnya akan memperkenalkan pelajar kepada ciri-ciri negara membangun, konsep serta teori dasar yang penting dalam perbincangan tentang negara membangun. Kajian tentang kesan-kesan kolonialisme, nasionalisme dan modenisasi ke atas perkembangan pemikiran politik serta institusi politik di negara membangun akan turut disentuh. Selain itu, kursus ini juga membincangkan peranan wanita dan elit politik, kerajaan tentera, serta proses ke arah pendemokrasian politik di negara membangun. Akhir sekali, kursus ini melihat sepintas lalu cabaran-cabaran serta isu-isu penting dalam hubungan antara negara membangun dengan negara maju.
Kursus ini akan membincangkan kerangka teori dan analisis kajian kes di pelbagai kawasan termasuklah di Malaysia. Kursus ini akan dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama akan menyentuh tentang konsep ekologi politik. Bahagian kedua akan mengenalpasti sumber-sumber dan aktor-aktor yang menyebabkan perubahan alam sekitar dan kesan-kesannya. Bahagian ketiga akan membincangkan latarbelakang polisi alam sekitar negara-negara membangun dan membandingkan polisi-polisi tersebut serta keberkesanannya. Bahagian keempat pula akan mendedahkan pelajar kepada pendekatan pengurusan ekosistem dan aplikasinya dalam menghadapi isu-isu alam sekitar. Bahagian terakhir kursus akan menyediakan pelbagai kajian kes yang akan menyentuh tentang konflik akses penggunaan sumber alam sekitar.
Istilah kewangan awam merujuk kepada kajian ke atas hasil dan perbelanjaan sektor awam. Kursus ini akan menilai perbelanjaan kerajaan, percukaian, dan hutang kerajaan. Di samping itu, kursus ini juga akan membincangkan prinsip asas dalam kewangan awam, proses bajet, dan kesan bajet ke atas kestabilan ekonomi, pembangunan dan ekuiti.
Source: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)